Friday, September 4, 2020
Bisnes Homestay dalam Masa Waktu PKP dan PKPP
Assalamualaikum...
Alhamdullilah syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t atas segala kurniaan nikmat Nya. Sebagaimana yang semua sedia maklum, kita masih lagi dalam fasa pemulihan bagi perintah kawalan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi membendung ancaman wabak Covid-19. Hampir 3 bulan juga kita semua terpaksa duduk di rumah dan tidak dibenarkan keluar untuk apa-apa aktiviti sekalipun. Jenuh jugak la kan duduk rumah je...
So kepada mereka yang bekerja sendiri dan berniaga pastilah terasa sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ni kan... Yelah, sumber pendapatan terjejas nak berniaga pon tak boleh. Macam kami sebagai pengusaha homestay juga turut terkesan dengan pandemik COvid-19 ni. Time2 macam ni mmg susahlah nak dapat customer. Tapi macamana pun sentiasalah ucapkan syukur, apa yang berlaku ni semua ada hikmahnya.....
Alhamdullilah semenjak pihak kerajaan mengumumkan PKPP ni, permintaan homestay ni bertambah baik. Setiap hari ada saja customer masuk. Lagi2 kawasan homestay saya berdekatan dengan kawasan peranginan Desaru dan Desaru Coast..Memang ramai lah orang datang untuk menginap..
Subscribe to:
Posts (Atom)